© Copyright 2024 Pembekal Cenderamata.

All Rights Reserved.

Dimiliki dan diuruskan oleh Mafeya Sdn. Bhd.

Teknik Sublimation Printing Pada Pakaian

sublimation printing

Sublimation Printing adalah salah satu teknik mencetak yang popular digunakan dalam industri percetakan T-Shirt & Cenderahati. Dalam artikel kali ini kami ingin berkongsi sedikit pengetahuan berkenaan apa yang dimaksudkan dengan Sublimation Printing.

Ini dapat menambah ilmu anda sebagai pelanggan sekaligus dapat mengelakkan anda terkeliru dan lebih yakin semasa membuat tempahan T-Shirt & Cenderahati pada masa akan datang. Antara produk yang boleh dihasilkan dengan Teknik Sublimation Printing ini adalah seperti t-shirt, mug, lanyard dan banyak lagi.

Sublimation Printing adalah kaedah percetakan yang melibatkan pemindahan design dari printer ke atas kertas khas (Sublimation Paper). Kemudian dari kertas pula design dipindahkan ke atas material produk. Design dipindahkan ke atas material produk dengan menggunakan Teknik Pemanasan & Tekanan (Heat Press). Teknik Heat Press akan menjadikan dakwat khas (Sublimation Ink) bertukar kepada gas melalui proses pemejalwapan dan seterusnya diserap masuk ke dalam material produk.

Kilang Sublimation Printing Baju Malaysia

Teknik ini hanya boleh digunakan ke atas material tertentu sahaja. Teknik ini juga hanya boleh digunakan ke atas permukaan yang mempunyai lapisan khas yang dikenali sebagai “Coating”. Lapisan ini akan membantu penyerapan imej dari kertas sublimation ke atas material tersebut. Tanpa lapisan ini, gambar tidak dapat dicetak ke atas produk tersebut.

Berikut merupakan senarai pendek proses-proses Sublimation Printing Pakaian:

  • Proses penyediaan artwork atau design dengan menggunakan komputer.
  • Proses mencetak artwork ke atas kertas sublimation menggunakan printer khas (Sublimation Printer).
  • Proses pemindahan design dari kertas khas ke atas fabrik menggunakan Teknik Heat Transfer (menggunakan mesin Heat Press khas)
  • Proses menjahit fabrik kain yang telah bercorak menjadi t-shirt.
  • Proses QC (Quality Control) & proses pembungkusan.
  • Proses serahan/delivery.
printing sublimation jersey

Semua proses ini mengambil masa 3-14 hari bergantung pada design, kuantiti & permintaan pelanggan.

Antara kelebihan Teknik Sublimation Printing:

1. Tiada had warna cetakan kerana printer sublimation mampu mencetak full color printing.
2. Kualiti cetakan sangat tinggi & tahan lama.
3. Hasil warna cetakan sangat tepat dengan design & artwork yang dihasilkan.
4. Harga berpatutan bergantung pada kuantiti tempahan.
5. Mampu mencetak pelbagai bentuk design & pattern pakaian.

Kami di Oh! T-Shirt berpengalaman lebih 10 Tahun dalam bidang percetakan pakaian & cenderahati. Sekiranya anda berminat dan bercadang untuk membuat tempahan baju, jersi pasukan dan cenderahati, kami sedia memberikan servis terbaik serta khidmat nasihat percuma berkenaan produk-produk yang kami tawarkan.

Harga yang kami tawarkan adalah sangat berpatutan dan semestinya terus dari kilang. Jadi sebagai pelanggan jangan malu bertanya sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau perlukan rundingan harga mengikut bajet anda. Boleh hubungi kami 017-2290120 untuk sebarang pertanyaan.

LOKASI SHOWROOM
Kedai Uniform (Team Cetak)
32-A, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP

HOTLINE
03 – 5523 6690 (Office)

Team Cetak

 

 

jersey sublimationkilang bajukilang printing bajuohtshirtsublimation printingtshirt sublimation

Artikel Berkaitan

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab kepada komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya pemilik komen. Anda dilarang untuk menulis komen berunsur spam, bersifat kasar, menyakitkan hati, lucah, lari dari topik dan perkara-perkara yang melanggar undang-undang.

Nak Buat Tempahan?

Hubungi kami sekarang untuk buat tempahan cenderamata. Pengawai jualan kami sedia melayan pertanyaan dan tempahan anda.

Pembekal Cenderamata Malaysia

Pembekal trofi, medal, plak, kristal serta cenderamata korporat yang terbesar di Shah Alam sejak tahun 2010 dengan harga yang berpatutan dan hasil kerja yang berkualiti. Kami menerima tempahan kuantiti sedikit dan tempahan secara pukal.

Statistik

029007
Users Today : 16
Users Yesterday : 32
This Month : 2071
This Year : 23081
Total Users : 29007
Views Today : 27
Total views : 82649
Who's Online : 1

Logo dan beberapa visual di laman web ini adalah hak cipta oleh pemiliknya masing-masing. Kami tidak menuntut atau mengeluarkan hak cipta bagi pihak atau mewakili pemilik masing-masing. Maklumat yang terkandung di laman web ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini disediakan untuk memastikan maklumat terkini dan betul sebanyak mungkin. Apabila anda melawati atau berinteraksi dengan tapak, perkhidmatan, aplikasi, alatan atau pemesejan kami, kami atau pembekal perkhidmatan kami yang diberi kuasa boleh menggunakan cookies, web beacons dan teknologi lain yang serupa untuk menyimpan maklumat untuk membantu memberikan anda pengalaman yang lebih baik, lebih pantas dan selamat dan untuk tujuan pengiklanan.

© Copyright 2024 Pembekal Cenderamata. All Rights Reserved.

Dimiliki dan diuruskan oleh Mafeya Sdn Bhd

Web Design by Jaring Digital.

Boleh kami bantu anda? Chat dengan kami melalui WhatsApp. Kami sedia membantu anda.

WhatsApp & Tempahan