© Copyright 2024 Pembekal Cenderamata.

All Rights Reserved.

Dimiliki dan diuruskan oleh Mafeya Sdn. Bhd.

Apakah Itu Silk Screen Printing? Belajar Asas Printing T-Shirt

Silk Screen Printing

Hi! Perkongsian kami untuk kali ini adalah berkenaan kaedah cetakan yang paling popular dan meluas dalam industri Printing T-Shirt terutamanya dalam industri percetakan pakaian & cenderahati. Teknik ini mendapat permintaan tinggi dari pelanggan kami terutama tempahan T-Shirt Printing & Cenderahati.

Apakah Cetakan Silk Screen?

kilang printing baju

Silk Screen dalam bahasa Malaysia dipanggil Saring Sutera. Cuma ianya lebih biasa disebut Silk Screen Printing dalam industri percetakan. Dalam kaedah ini, ia melibatkan beberapa proses yang perlu diikuti dengan teliti untuk mendapatkan hasil cetakan yang berkualiti seperti berikut:

1. Penghasilan Artwork Grafik / Design

Proses ini melibatkan proses menghasilkan gambar atau grafik, kemudian mengasingkan warna dan mencetak gambar/grafik tersebut ke atas kertas filem khas dengan menggunakan printer.

2. Penghasilan Blok

Proses membuat blok mengunakan kayu, besi atau aluminium berbentuk segi empat. Kemudian kain sutera atau mesh dilekatkan dengan tegang ke atas blok tersebut. Selepas itu satu bahan khas disapukan ke atas mesh/kain sutera untuk membentuk satu lapisan. Lapisan tersebut dikeringkan di tempat yang kadar pencahayaan yang minimum.

3. Pemindahan imej

Proses memindahkan imej yang telah dicetak pada kertas filem tadi (no. 1), dipindahkan kepada blok dengan proses pendedahan ke atas cahaya secara tertumpu. Setelah itu, blok tadi di cuci menggunakan air untuk melengkapkan proses pemindahan imej.

4. Dye/ Dakwat Khas

Proses terakhir adalah menyapu dye pada blok keatas permukaan baju atau cenderahati. Kemudian dye dikeringkan menggunakan pengering khas. Setelah kering pihak kami biasanya melakukan proses Quality Control. Proses ini dapat mengesan sekiranya terdapat kesalahan atau kecacatan pada hasil cetakan. Proses ini sangat penting sebelum produk melalui proses pembungkusan & penghantaran/penyerahan kepada pelanggan.

silk-screen-printer

Proses Printing T-Shirt (Silk Screen)

Kaedah Printing Silk Screen juga terbahagi kepada beberapa kategori :

  1. Water Base ( berasakan air)
  2. Cetakan Getah (rubber dye)
  3. Cetakan Timbul (emboss dye)
  4. Cetakan Pantul Cahaya (glow in the dark)
  5. Cetakan Baldu (flock) dan banyak lagi.

Kaedah Silk Screen memerlukan pemain industri ini menyediakan peralatan yang lengkap. Ini bagi memudahkan mereka menyelesaikan setiap proses yang diperlukan dalam kaedah ini.

Kaedah ini memerlukan ketelitian yang tinggi bagi menjamin kualiti hasil cetakan. Kebiasaannya pengusaha industri menetapkan Minimum Order Quantity (MOQ) untuk kaedah ini.

Harga cetakan Silk Screen adalah berbeza mengikut design, bilangan warna cetakan dan saiz cetakan. Harganya juga bergantung pada jenis cetakan & dye yang anda inginkan.

Sekiranya anda Berminat untuk membuat tempahan Printing T-Shirt Silk Screen dari pihak kami, Boleh hubungi kami di talian 017-2290120. Harga boleh bincang, jangan risau !

LOKASI SHOWROOM
Kedai Uniform (Team Cetak)
32-A, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP

HOTLINE
03 – 5523 6690 (Office)

Team Cetak
kilang printing bajuprinting bajuprinting tshirtsilk screen printing

Artikel Berkaitan

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab kepada komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya pemilik komen. Anda dilarang untuk menulis komen berunsur spam, bersifat kasar, menyakitkan hati, lucah, lari dari topik dan perkara-perkara yang melanggar undang-undang.

Nak Buat Tempahan?

Hubungi kami sekarang untuk buat tempahan cenderamata. Pengawai jualan kami sedia melayan pertanyaan dan tempahan anda.

Pembekal Cenderamata Malaysia

Pembekal trofi, medal, plak, kristal serta cenderamata korporat yang terbesar di Shah Alam sejak tahun 2010 dengan harga yang berpatutan dan hasil kerja yang berkualiti. Kami menerima tempahan kuantiti sedikit dan tempahan secara pukal.

Statistik

029190
Users Today : 5
Users Yesterday : 36
This Month : 5
This Year : 23264
Total Users : 29190
Views Today : 6
Total views : 82966
Who's Online : 1

Logo dan beberapa visual di laman web ini adalah hak cipta oleh pemiliknya masing-masing. Kami tidak menuntut atau mengeluarkan hak cipta bagi pihak atau mewakili pemilik masing-masing. Maklumat yang terkandung di laman web ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini disediakan untuk memastikan maklumat terkini dan betul sebanyak mungkin. Apabila anda melawati atau berinteraksi dengan tapak, perkhidmatan, aplikasi, alatan atau pemesejan kami, kami atau pembekal perkhidmatan kami yang diberi kuasa boleh menggunakan cookies, web beacons dan teknologi lain yang serupa untuk menyimpan maklumat untuk membantu memberikan anda pengalaman yang lebih baik, lebih pantas dan selamat dan untuk tujuan pengiklanan.

© Copyright 2024 Pembekal Cenderamata. All Rights Reserved.

Dimiliki dan diuruskan oleh Mafeya Sdn Bhd

Web Design by Jaring Digital.

Boleh kami bantu anda? Chat dengan kami melalui WhatsApp. Kami sedia membantu anda.

WhatsApp & Tempahan